Komuniti Mudah Alih WOW adalah
sebuah program kemasyarakatan oleh Tune Talk. Program ini membolehkan
peserta-peserta atau ahlinya menikmati pelbagai manfaat dan yang paling
utamanya adalah untuk saling bantu membantu mencapai kebebasan kewangan.
Melalui platform program komuniti ini,
pesertanya akan mempunyai satu sumber untuk menjana pendapatan tambahan
pasif melalui konsep pemasaran rangkaian yang innovatif dikenali
sebagai Program Referral (Rujukan).
Platfom komuniti ini juga bertujuan
mendidik ahlinya untuk menjadi pengguna bijak dengan mengubah talian
mudah alih mereka dari suatu tanggungan kepada suatu aset menjana
pendapatan.
Terdapat 2 pelan menjana pendapatan yang dilancarkan oleh Tune Talk. Pelan pertama adalah pelan TONE EXCEL
yang telah dilancarkan pada Ogos 2010. Pelan ini telah mendapat
sambutan memberangsangkan. Sehingga kini, ia telah mempunyai lebih
121,000 ahli (setakat Ogos 2012).
Sementara itu pelan kedua adalah TONE PLUS
yang akan dilancarkan pada bulan Oktober 2012. Namun begitu, pelan ini
telah dibuka untuk pendaftaran awal Pra-Pelancaran sejak 17 Julai 2012.
Pengendali pelan TONE EXCEL adalah
syarikat Tone Excel Sdn Bhd. Sementara pelan TONE PLUS pula adalah
syarikat Tone Plus Sdn. Bhd. Walaupun syarikat pengendali adalah
berbeza, namun Lembaga Pengarah dan tuanpunya adalah individu sama.
Di sini, saya ingin membentangkan kepada anda segala manfaat-manfaat dan kelebihan menyertai komuniti WOW.
Manfaat Prepaid Komuniti Mudah Alih WOW:
1. Perlindungan Insuran Kemalangan RM100,000 – Peserta
program ini akan diberikan Perlindungan Insuran Kemalangan RM100,000
oleh syarikat insuran Oriental Assurance. Syarat minimumnya adalah
penggunaan “top up” sebanyak RM30.00 sebulan selama 2 bulan
awal. Perlindungan Insuran bermula selepas 61 hari anda menyertai
program ini.
2. ‘Point Redemption’ Tiket Air Asia – Anda berpeluang mendapat tiket penerbangan percuma dari syarikat penerbangan AirAsia melalui “Redemption Programme Air Asia”. Setiap kali anda Top Up, setiap kali anda dapat mata.
3. Kadar Panggilan Lebih Murah – Kadar
panggilan rangkaian Tune Talk melalui program ini adalah 0.32 sen
seminit. Ia lebih murah berbanding kadar panggilan rangkaian-rangkaian
lain.
4. Kawasan Coverage Luas – Sim
Kad yang digunakan adalah sama dengan semua Sim Kad yang ada di
pasaran. Talian ini mengunakan rangkaian ‘ooverage’ CELCOM. Jika anda
menerima ‘coverage’ CELCOM, maka anda akan menerima coverage Tune
Talk. Tiada gangguan ‘service coverage’.
5. Kekalkan Nombor Sedia Ada – Anda boleh mengekalkan nombor lama samada Prepaid atau PostPaid atau gunakan sahaja nombor baru 010-xxxxxxx atau 011-xxxxxxxx.
6. Top Up Secara Epay di mana-mana Sahaja – Anda
boleh membeli Top Up di mana-mana mesin E-Pay seperti di 7Eleven, KK,
stesyen-stesyen minyak atau melalui perbankan internet Maybank2u dll.
Kelebihan Unik Prepaid Komuniti Mudah Alih WOW:
Penyertaan keahlian Komuniti Mudah Alih
WOW ini adalah dijalankan dengan menggunakan sistem pemasaran yang
dinamakan Program Referral (Rujukan) yang mampu menjana pendapatan untuk
anda.
1. Insentif BONUS FAST TRACK (Rujukan/Penajaan) – Cara
menjana pendapatan paling pantas pertama yang disediakan adalah apabila
anda merujuk seorang rakan niaga baru menyertai program ini, anda akan
dibayar insentif Bonus Referral (Rujukan) bernilai RM20.00 seorang tanpa
sebarang syarat. Nilai bonus ini adalah amat lumayan!
2. Insentif KOMISEN TOP UP (2 Tahap) – Peluang menjana pendapatan yang kedua pula adalah melalui pembayaran insentif Komisen Top Up melalui 2 Tahap.
A. Tahap I : Jumlah Top Up peribadi bulanan anda RM20.00-RM79.99
Apabila anda membuat Top Up peribadi
seperti diatas, anda layak untuk mendapat komisen Top Up sebanyak tiga
Aras (Level), iaitu Aras Satu 6%, Aras Dua 3% dan Aras Tiga 11%.
Setiap kali rakan niaga anda di setiap Aras tersebut membuat pembelian
Top Up, anda akan menerima komisen. Pendapatan ini
adalah berterusan setiap bulan selagi rakan niaga anda Top Up!.
B. Tahap II : Jumlah Top Up peribadi bulanan anda melebihi RM80.00
Apabila anda membuat Top Up peribadi
seperti diatas, anda layak untuk mendapat komisen Top Up sebanyak tiga
Aras (Level), iaitu Aras Satu 8%, Aras Dua 3% dan Aras Tiga 13%.
Setiap kali rakan niaga anda di setiap Aras tersebut membuat pembelian
Top Up, anda akan menerima komisen. Pendapatan ini
adalah berterusan setiap bulan selagi rakan niaga anda Top Up!.
3. Kelayakan Insentif yang Minimum – Kadar
minimum untuk melayakkan anda mendapat komisen pula adalah bercakap di
talian pada kadar RM20.00 sebulan. Begitu mudah dan rendah, bahkan saya
pasti ramai yang bercakap di talian lebih dari itu.
4. Peluang Perniagaan Lebih Besar – Anda
juga berpeluang untuk meningkatkan lagi pendapatan secara lebih mantap
dengan menjadi “Service Center”. Sebagai Service center anda boleh
mendapat pendapatan melebihi daripada 3 Aras. Peluang untuk anda
maju dalam perniagaan ini menjadi lebih luas!
5. Anda Jadi Pengguna Bijak – Kadar
bayaran untuk menyertai program ini adalah sangat rendah iaitu dengan
mendapatkan satu Sim Kad Prepaid “Tune Talk – Tone Excel – WOW” bernilai
RM80.00 yang telah pun termasuk kredit panggilan bernilai RM30.00 di
dalamnya. Ini bermakna kos penyertaan adalah RM50.00 sahaja. Disamping
itu, program ini membolehkan anda mengubah sesuatu ‘tanggungan’ akibat
asyik bercakap di talian kepada sebuah ‘aset’ untuk menjana pendapatan
berterusan! Kini, handphone anda menjadi aset menjana pendapatan.. WOW!
Itu dia segala sebab mengapa
anda perlu menyertai program Komuniti Mudah Alih WOW ini. Tidak ada
sebarang kerugian, sebaliknya ia mampu membantu anda menjimatkan wang
dan yang lebih baik lagi, ia mampu menjana pendapatan berterusan dengan
modal serendah RM50 sahaja!!

