Komuniti Mudah Alih WOW adalah
sebuah program kemasyarakatan oleh Tune Talk. Program ini membolehkan
peserta-peserta atau ahlinya menikmati pelbagai manfaat dan yang paling
utamanya adalah untuk saling bantu membantu mencapai kebebasan kewangan.
Penyertaan keahlian Komuniti Mudah Alih
WOW ini adalah dijalankan dengan cara yang innovatif iaitu ahli-ahli
yang akan memasarkannya melalui kaedah mulut-kemulut. Kaedah ini
menggunakan sistem pemasaran rangkaian yang dinamakan Program Referral (Rujukan) yang mampu menjana pendapatan secara pasif untuk ahli-ahlinya.
Tune Talk menawarkan 2
pelan iaitu Pelan Tone Excel dan Pelan Tone Plus kepada orangramai yang
ingin menyertai program rujukan mereka yang dijalankan melalui sistem
pemasaran rangkaian. Kedua-dua Pelan menggunakan sistem imbuhan yang berbeza namun harga produk yang ditawarkan untuk menjadi ahli adalah sama.
Sim Kad Pelan Tone Plus
Kadar bayaran untuk menyertai program ini adalah sangat rendah iaitu
dengan mendapatkan satu Sim Kad Prepaid Tone Excel atau Tone Plus
(Starter Pack) bernilai RM80.00 yang telah pun termasuk kredit panggilan
bernilai RM30.00 di dalamnya. Ini bermakna kos penyertaan adalah
RM50.00 sahaja!
Jumlah pelaburan yang rendah adalah
prinsip asas dalam kaedah perniagaan pemasaran rangkaian yang sebenar.
Kebanyakan syarikat Pemasaran Rangkaian yang tulin samada syarikat
tempatan atau antarabangsa hanya mengenakan caj yang nominal untuk anda
menjadi ahli/pengedar iaitu kebanyakannya di bawah RM500.00. Anda boleh
menganggap caj ini sebagai satu lesen yang perlu ada untuk memulakan
perniagaan anda!
Ingat! Dengan hanya sekali pelaburan
serendah RM50.00 sahaja, anda telah pun mempunyai satu asset (lesen)
untuk menjana pendapatan yang lumayan secara berterusan! Ditambah pula
lagi dengan segala manfaat-manfaat lain! … WOW!
(Nota: Harga diatas tidak termasuk kos penghantaran)
