Kepada mereka yang telah menyertai kami di dalam Komuniti Mudah Alih WOW. Selain daripada anda menikmati Bonus Referral (RM20) dan Komisyen Top Up 3 Aras, anda juga boleh meningkatkan lagi pendapatan anda dengan memohon menjadi ‘Service Center’.
Langkah menjadi Service Center adalah
langkah kehadapan dan lebih lumayan didalam perniagaan ini. Untuk
menjadi Service Center Tone Excel, anda perlu mematuhi beberapa syarat.
Syarat untuk menjadi Service Center:
1. Mendapat rekomen daripada Service Center anda.
2. Perlu membeli simkad yang pertama
sebanyak 220 keping pada harga RM72 sekeping (harga promosi). Ini
bermakna ianya berjumlah RM15,840
3. Perlu mengisi borang dan keputusan
muktamad adalah daripada pihak pengurusan Tone Excel sendiri, sama ada
meluluskan atau tidak.
Kelebihan sebagai Service Center:
1. Selepas pembelian pertama sebanyak 220
keping pada harga RM72.00, anda boleh membeli simkad selepas itu pada
harga RM75.00 tanpa terikat dengan apa2 kuantiti. Maksudnya selepas yang
220 pertama itu, nak beli sikit-sikit pun boleh.
2. Komisyen sebagai Service Centre adalah:
Level 1 = 6% + 2.5%
Level 2 = 3% + 2.5%
Level 3 = 11% + 2.5%
Level 4 = 2.5%
Level 5 = 2.5%
Level 6 = 2.5%
Level 7 = 2.5% sehinggalah… Aras infiniti.
3. Setiap borang asal (original form) peserta yang di hantar ke Ibupejabat Tone Excel, anda akan memperolehi RM2.00.
4. Setiap downline anda yang datang
sendiri ke Ibupejabat Tone Excel dan membeli Sim Kad, pihak Ibupejabat
akan simpan dan kumpulkan keuntungan RM1.00 dari penjualan Sim Kad itu
untuk anda dan akan dibayar setiap 10 haribulan.
5. Jika anda adalah Service Center,
Sekiranya terdapat Service Center (1) di bawah anda, maka anda akan
menerima 1.0% dari jumlah keseluruhan Top Up kumpulan Service Center (1)
tersebut. Jika terdapat Service Center (2) dibawah Service Center (1)
tersebut, maka anda akan menerima 0.5% dari jumlah keseluruhan Top Up
kumpulan Service Center (2) tersebut.
Tugasan sebagai Service Center:
1. Anda perlu mendaftarkan (key in) pendaftaran affiliate peserta baru ke dalam data base Tone Excel.
2. Perlu menyelesaikan masalah downline anda dan merujuk kepada peraturan Tone Excel.
Jika ada yang berminat, sila hubungi saya untuk bantuan atau sila download borang di ruangan download di Pejabat Maya WOWFreeCall.com. Jika anda ingin pergi terus ke Ibupejabat Tone Excel pun boleh. Semua urusan boleh diselesaikan disana.
Ramai yang melakukan pemasaran rangkaian
ini secara separuh masa dan sepenuh masa. Tetapi yang membezakan
kejayaan seseorang itu adalah sekiranya mereka benar-benar menganggap
pemasaran rangkaian ini sebagai sebuah perniagaan sebenar dan sentiasa
menetapkan sasaran serta berusaha bersunggoh-sunggoh untuk
mencapainya.Sekiranya anda benar-benar melakukan pemasaran rangkaian
secara membina sebuah perniagaan sebenar, anda mampu membina sebuah
empayar perniagaan tersendiri.

