Saya telah menyediakan 3 laman web
promosi untuk Pelan Tone Excel dan Pelan Tone Plus. Laman web promosi
pelan Tone Excel kumpulan ini adalah laman web WOWFreeCall.com dan TalkTalk2U.com, sementara untuk Pelan Tone Plus adalah MyTonePlus.com. Untuk mengetahui perbezaan fungsi web-web promosi tersebut, sila klik disini.
Ketiga-tiga laman web promosi ini membolehkan setiap ahli mempunyai
satu laman web replika untuk mempromosi program mereka. Apabila anda
membuat promosi link peribadi, sesiapa yang mendaftar di laman web yang
mempunyai link anda, secara automatik mereka akan didaftarkan sebagai
downline anda.
Link Peribadi Setiap Ahli.
Apabila anda mendaftar di mana-mana laman web promosi kami, sistem laman web ini akan meminta anda memberikan ‘username‘ iaitu satu nama ringkas pengenalan anda selaku pengguna laman web ini. ‘Username‘ ini begitu penting kerana ia akan membezakan diantara laman web replika peribadi setiap penggunanya.
Pertamanya ingat, ini adalah alamat link URL umum untuk laman-laman web ini —> www.wowfreecall.com, www.talktalk2u.com dan www.mytoneplus.com
Alamat link ini adalah kepunyaan
pentadbir laman web ini, sekiranya sesiapa mendaftar disini, mereka akan
diletakkan terus sebagai downline ADMIN.
Okay, apabila anda diminta mendaftar,
pastikan siapa ‘upline’ anda atau siapakah tuanpunya link tersebut.
Kerana mereka adalah ‘upline’ anda.

Apabila anda mendaftar dengan klik ‘di_sini‘ seperti di kotak di atas, anda akan dapat melihat username penaja tersebut sebelum anda mengisi ‘username’ nama anda sendiri. Mulakan pendaftaran anda dengan isikan ‘username’ anda. Katakan anda letak username sebagai ‘Contoh‘. Setelah anda isikan maklumat dan ia berjaya didaftarkan, link laman web peribadi anda adalah seperti di bawah:
Alamat link laman web peribadi anda —> www.wowfreecall.com/contoh
Apabila anda membuat promosi, jangan lupa untuk meletakkan username anda seperti ‘/contoh‘ dibelakang link tersebut. Jika link ini ditaip dengan tepat, ia akan membawa prospek ke laman web anda.
Anda juga boleh memberikan link ini
kepada rakan-rakan kenalan untuk mereka menyemak peluang bisnes ini dan
terus mendaftar di dalam kumpulan anda.
Bahan-bahan Promosi Internet Di Pejabat Maya Anda
Di Pejabat Maya setiap ahli WOWFreeCall.com atau TalkTalk2U.com atau MyTonePlus.com telah disediakan bahan-bahan untuk promosi. Sila LOGIN dan klik menu Promosi
di ruangan atas Pejabat Maya dan anda akan dibawa ke halaman promosi.
Antara bentuk promosi yang telah disediakan adalah 1. Promosi alamat
link laman web peribadi anda 2. Promosi SMS 3. Promosi Email 4.
Promosi Banner 5. Laman-laman web promosi.
Bagi Promosi Banner, anda hanya perlu
‘copy’ kod HTML dan diberikan kepada mana-mana laman web yang anda ingin
letakkan banner tersebut terutamanya laman-laman web pengiklanan di internet.
Mempromosi di Media Sosial (Facebook)
Facebook adalah media sosial yang popular pada masa ini, sekiranya anda belum mempunyai akaun sila buka satu akaun dengan klik di sini.
Setelah mempunyai akaun facebook sendiri, sila tambah rakan sebanyak
yang mungkin dengan cara menaip nama atau email mereka dikotak kosong
(search) atas wall facebook anda. Seterusnya cari dan sertai ‘group’
yang sesuai yang banyak terdapat di Facebook.
Penerangan video mempromosi di Facebook oleh upline Sdr Mazelan Abas – Klik disini (Facebook lama)
Cara meletakkan Link Web Peribadi Anda di Wall Facebook
1. Di Wall akaun Facebook anda, sila klik Update Status untuk membuat post baru dan mula taip link anda dikotak kosong seperti berikut:
Contohnya username anda adalah ‘ratubuah’, jadi anda taip –>> www.wowfreecall.com/ratubuah atau www.talktalk2u.com/ratubuah atau www.mytoneplus.com/ratubuah
Pastikan tiada titik atau jarak antara abjad tersebut.
2. Seterusnya anda klik ‘ATTACH’.
Anda boleh pilih gambar di ‘choose thumbnail‘ mengikut selera anda. Klik nombor-nombor tersebut dan lihat lihat pilihan gambar.
3. Setelah itu, anda boleh tulis ayat power anda sendiri di ruang kotak kosong bawah itu.
4. Akhir sekali, klik ‘SHARE’.
Kesilapan yang biasa berlaku sewaktu menaip alamat link:
1. Ejaan salah – Jangan tertinggal satu pun abjad seperti contoh diatas tetapi anda boleh tinggalkan http:// dan terus mula dengan www
2. Tertinggal username – Username paling penting kerana ia menunjukkan laman web anda.
3. Ada Jarak antara abjad – Pastikan tiada jarak atau ruang kosong antara abjad di link tersebut.
4. Terletak tanda titik (.) dihujung link – Jangan bubuh titik diakhir username
5. Salah taip titik (.) dengan koma (,)
Masa Puncak Untuk Anda Mempromosi Link:
Waktu pagi sebelum jam 8.30 pagi, tengahari sebelum jam 1.00 tghhari dan jam 5.00 ptg.
Buat sekurang-kurangnya 3 kali sehari.
Ramai yang tak nampak link anda jika anda buat kurang dari itu
terutamanya mereka yang punya ramai frenz FB.
P/S Anda boleh test link anda apabila
telah siap. Perhatikan samada nama anda keluar sebagai penaja di muka
depan laman web anda.
